Emas adalah salah satu logam dari dalam perut bumi yang sangat bernilai kepada kita. Sebab itulah ada negara tertentu yang menjajah ke negara-negara lain pada suatu ketika dahulu. Agak mustahil jika menjajah hanya kerana rempah ratus semata-mata.
Secara logik akal, negara yang mengandungi emas di dalamnya sudah pastilah ia adalah negara yang kaya. Namun tidak semuanya begitu. Ia bergantung juga kepada pentadbiran negara terbabit.
Emas mempunyai permintaan yang sangat tinggi baik dari segi kecantikan, komersil mahupun pelaburan.
Dalam bidang kecantikan, umum mengetahui emas digunakan bagi membuat barangan kecantikan wanita seperti barang kemas serta sebagai penambah nilai kepada barangan aksesori seperti beg tangan, kasut dan jam tangan.
Dalam bidang komersil pula, emas banyak digunakan dalam bidang elektronik, perubatan dan aero-angkasa. Dari segi kewangan pula, emas paling berguna bagi mengelakkan inflasi dan sebagai pelindung kekayaan ramai orang.
Negara China adalah pengeluar emas terbesar di dunia. Negara-negara Asia keseluruhannya menghasilkan lebih kurang 22% daripada jumlah pengeluaran di dunia. Disebabkan kesedaran yang ada pada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia, kitar semula emas menyumbang hampir satu per tiga dari jumlah pengeluaran di seluruh dunia.
Jom kita lihat senarai 10 teratas negara yang mempunyai emas terbanyak di dunia. Untuk pengetahuan, negara kita tidak termasuk dalam senarai ini.
10. NETHERLANDS (612.5 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 67.4 %)
Bank Pusat Belanda mengumumkan bahawa ia akan memindahkan peti besi emasnya dari Amsterdam ke Camp New Amsterdam, kira-kira satu jam di luar bandar.
Ini adakag langkah keselamatan yang diambil disebabkan sejumlah besar emasnya yang disimpan di US telah dibawa balik.


9. INDIA (686.8 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 6.5 %)
Bank of India mempunyai salah satu kedai emas terbesar di dunia. Ini disebabkan negara India mempunya populasi penduduk seramai 1.38 billion orang (30 September 2021).
Umum mengetahu orang India amat sukakan barang kemas. Tidak hairanlah emas merupakan salah satu pemacu permintaan global yang paling dipercayai.
Para peniaga emas mengaut keuntungan yang banyak ketika festival dan musim perkahwinan India yang berlangsung dari Oktober hingga Disember setiap tahun.
8. JAPAN (765.2 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 3.1 %)
Negara Jepun adalah pemegang ekonomi ketiga terbesar di dunia. Ia juga merupakan antara penyimpan emas terbesar di dunia.
Bank pusatnya telah menjadi salah satu pengamal pelonggaran kuantitatif yang paling agresif. Pada Januari 2016, bank menurunkan kadar faedah di bawah sifar. Secara tidak langsung ia menyebabkan permintaan emas di seluruh dunia meningkat.


7. SWITZERLAND (1,040 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 5.4 %)
Switzerland berada pada kedudukan ke-7 senarai ini memandangkan ekonominya adalah yang ke-38 terbesar dan populasinya pula di tempat ke-95 terbesar di dunia.
The swiss National Bank bertanggungjawab mengurus simpanan emas dan polisi-polisi berkaitan kewangan negara itu.
6. CHINA (1,948.3 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 3.3 %)
Walaupun negara China memiliki penduduk paling ramai di dunia, emas yang mereka miliki hanyalah lebih kurang 1.6% dari simpanan luar negaranya.
China merupakan negara pengeluar emas terbesar dunia dan logiknya secara mudah ia boleh membeli emas dari lombong yang dia keluarkan tanpa perlu menyatakan jumlahnya kepada umum.
Begitupun China mempunyai alasan untuk tidak membeli emas di pasaran terbuka kerana sebarang transaksi terbuka hanya akan meningkatkan nilai emas yang akan menurunkan pegangannya di dalam Perbendaharaan Amerika.
Sekiranya negara kuasa besar seperti China mendominasi pasaran terbuka, harga emas akan naik mendadak sehingga akhirnya China sendiri sukar menambah pegangannya di US Treasury. Ini disebabkan harga pegangan menjadi tinggi juga.
China juga muncul sebagai salah sebuah negara pembeli utama apabila UK menjual 395 tan simpanan emasnya pada tahun 1999.
The Wall Street Journal melaporkan China telah meningkatkan usaha pembelian emasnya secara drastik sebagai persediaan menghadapi serangan inflasi.


5. RUSSIA (2,298.5 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 22 %)
The Wall Street Journal melaporkan bahawa Russia merancang untuk membeli tambahan 90 tan emas setiap tahun bagi mengukuhkan simpanan semasanya.
Bank Pusat Rusia telah menjadi salah satu pembeli emas terbesar selama tujuh tahun terakhir dan mengatasi China pada tahun 2018 untuk memiliki rizab kelima terbesar.
Pada tahun 2017, Rusia membeli 224 tan jongkong dalam usaha untuk mempelbagaikan dolar AS. Ini disebabkan hubungannya dengan Barat bertambah dingin sejak pengukuhan Semenanjung Crimea pada pertengahan 2014.
Bagi mengumpulkan wang tunai untuk pembelian ini, Rusia menjual sebahagian pegangannya dalam Perbendaharaan A.S.
4. FRANCE (2,436.2 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 64.5 %)
Negara ini memainkan peranan penting sehingga US menamatkan pergantungan matawang Dollar kepada emas. Selepas Perang Dunia ke-2, perjanjian the Bretton Woodtelah dibuat untuk mengikat wang Dollar kepada emas pada kadar tukaran $35 per ounce.
Presiden Perancis sewaktu itu, Charles de Gaulle telah mengurangkan simpanan French Dollar dengan menukarkannya ke dalam bentuk emas dari Fort Knox.
Tidak senang dengan tindakan “licik” selain pertimbangan ekonomi jangka panjang, Presiden Richard Nixon menamatkan tukaran matawang Dollar kepada emas pada tahun 1971.


3. ITALY (2,451.8 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 69.3 %)
Itali tergolong di dalam PIIGS nations bersama Portugal, Ireland, Greece dan Spain iaitu negara yang sedang mengalami krisis ekonomi yang sangat runcing. Ia turut mengancam survival keseluruhan Eurozone. Walaupun begitu, Italy masih memiliki emas dengan nilai GBP90 billion.
Simpanan emas Itali dijaga dan diurus oleh the Banca D’Italia.
2. GERMANY (3,362.4 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 74.5 %)
Bank pusat Jerman, the Deutsche Bundesbank di Frunkfurt adalah pengurus kepada rizab emas negara. Namun, terdapat dakwaan bahawa sejumlah besar emas Jerman secara fizikalnya diletakkan di bawah jagaan Simpanan Persekutuan Amerika di New York.
Dua tahun lalu, jurnalis Maz Keiser menerima makluman berkaitan pengurusan simpanan emas Jerman di US melalui sumber langsung di Bundesbank.


1. UNITES STATES OF AMERICA SYARIKAT (8,133.5 tan)
(Peratusan Rizab Asing : 77.5 %)
Walaupun US telah menamatkan penggunaan piawaian emas sejak tahun 1971, negara ini masih memiliki simpanan emas terbesar di dunia, jauh meninggalkan negara-negara lain.
Jumlah emas yang dimiliki A.S. adalah hampir sama dengan jumlah 3 negara di kedudukan kedua, ketiga dan keempat (Germany, Italy & France). Ia juga mempunyai peruntukan emas ketiga tertinggi sebagai peratusan rizab asingnya.
Negeri mana yang paling suka emas? Oleh itu, negara Texas telah membuat Texas Bullion Depository sendiri untuk melindungi emas pelabur.
Dari apa yang kita ketahui, sebahagian besar emas A.S. disimpan di Fort Knox di Kentucky, dan bakinya disimpan di Philadelphia Mint, Denver Mint, San Francisco Assay Office dan West Point Bullion Depository.
KESIMPULAN
Boleh dikatakan semua negara di dunia menggunakan emas sebagai rizab simpanan mereka. Ini disebabkan oleh emas adalah barangan atau “mata wang” yang kalis inflasi.
Kita juga sepatutnya menjadikan emas sebagai simpanan jangka panjang kita. Ianya amat sesuai untuk simpanan persaraan, pembelian tanah lot atau rumah secara tunai, persediaan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dan pelbagai sebab lagi.
Memang tak rugi simpan emas fizikal mahupun dalam simpanan akaun emas. Yang rugi adalah orang yang tidak ada simpanan emas walaupun cuma 1 gram.
CL tak sabar untuk baca perkongsian Tuan Puan juga. Boleh tuliskan di ruangan komen di bawah ya.
Penafian
**Artikel asal diambil dari USFunds.com