Gaji Ahmad sama je macam gaji kita, tapi gaji kita habis 3 minggu lebih awal dari dia. Gaji Zainab pula lagi kecil dari kita, tapi setiap bulan tak pernah gagal dari bagi kat ibu bapanya di kampung. Osman yang paling teruk, dapat jer gaji beberapa jam je dah habis selepas bayar segala hutang di bank.
Tuan Puan, masalah poket bocor seperti di atas selalu je berlaku dalam hidup kita kan? Jika tidak terjadi kepada diri kita, mungkin ia terjadi kepada ahli keluarga mahupun rakan-rakan kita yang lain.
Selain dari keberkatan, ia juga amat berkait dengan cara kita menguruskan gaji kita sendiri supaya tidak mudah bocor.
Jom kita kenalpasti 3 Sebab Poket Kita Mudah Bocor.
1. Terlalu Seronok Berbelanja
Tidak dinafikan ramai orang terlalu seronok berbelanja apabila dapat gaji. Alasan yang biasa diberikan ialah reward diri sendiri terlebih dahulu.
Benar, tak salah pun Tuan Puan reward diri sendiri setiap kali dapat gaji. Jika bukan kita yang reward diri kita, nak tunggu siapa yang berikan reward kepada kita pula kan..?
Sebaiknya Tuan Puan buatlah bajet bulanan terlebih dahulu. Baru Tuan Puan tahu berapa nilai maksimum yang boleh dibelanjakan pada bulan tersebut.
Alhamdulillah semakin ramai sekarang yang reward diri dengan barangan kemas atau emas pelaburan dari Public Gold.
Ini adalah kerana “nafsu berbelanja” disalurkan kepada perbelanjaan yang lebih berfaedah dan bernilai. Tambahan pula, mereka boleh beli emas dengan kaedah Gold Accumulative Program (GAP).
Melalui GAP, apabilaTuan Puan lawat website Public Gold dan nampak harga emas sedang murah, boleh terus “lock” harga tersebut. Tuan Puan dibenarkan bayar secara ansuran maksimum sehingga 10 bulan. Misal kata selepas itu, harga emas naik atau turun, Tuan Puan tetap perlu bayar ikut harga yang telah di “lock”.
Dalam masa 10 bulan ni, Tuan Puan bayar je ikut jadual yang telah ditetapkan. Selepas habis bayaran ni nanti, emas tersebut akan terus diposkan (pos berinsurans) ke alamat Tuan Puan.
Ini adalah salah satu contoh reward diri dengan perkara yang sangat bernilai. Bila dah ada emas tu nanti, macam-macam Tuan Puan boleh dapat.
Pertama sekali tukarkan kepada duit. Kemudian duit tersebut bolehlah digunakan untuk membeli tanah lot, belanja menunaikan Haji dan Umrah, perbelanjaan pendidikan anak-anak ke IPT mahupun sebagai dana kecemasan dan persaraan.
Tuan Puan tak perlu risau tentang harganya yang selalu turun naik. Paling penting ialah emas kalis inflasi. Tuan Puan boleh juga baca posting CL berkaitan cara mudah untuk buka akaun Public Gold di sini.
Dalam bab ini, walaupun Tuan Puan rugi namun masih dapat merasakan nikmatnya.
2. Tersalah Labur di Tempat Yang Tidak Sepatutnya
Ramai orang merasakan pelaburan atau simpanan di koperasi, Tabung Haji, ASB, KWSP dan sebagainya dapat keuntungan yang tidak setimpal. Faedah bank dengan purata 3-8 % setahun dirasakan satu tempoh yang sangat lama dan tidak berbaloi.
Medium pelaburan sebegini sememangnya mendapat kurang faedah atas pelaburan atau simpanan, namun ia adalah terbukti paling selamat.
Kebiasaannya faedah pinjaman sekitar 4% setahun akan diperolehi dan paling penting simpanan Tuan Puan dijamin oleh kerajaan. Jika bank muflis pun, Tuan Puan akan dapat balik semua duit yang dilabur atau disimpan.
Namun, sangat sedih bila mendengar warga emas yang baru berpencen ditipu dalam skim pelaburan cepat kaya atau pembelian hartanah tidak wujud yang terlajak murah.
Bayangkan duit yang disimpan dalam KWSP sejak 35 tahun yang lalu, hangus sekelip mata akibat tersalah labur. Warga emas hidup merempat adalah natijahnya.
Dalam bab ini, Tuan Puan rugi dan langsung tidak merasai nikmatnya.
3. Kawan atau Saudara-Mara Pinjam Duit Tapi Buat Senyap Je…
Situasi pinjam meminjam duit di kalangan adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan sudah tidak asing lagi di waktu kini. Tambahan pula di waktu musim pandemik Covid-19 yang sangat mencabar sekarang.
Sekiranya Tuan Puan berkemampuan, harapnya dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Ini adalah jariah berpanjangan yang kita harapkan “keuntungan di akhirat” kelak.
Namun Tuan Puan perlu mengawal niat dan emosi sendiri serta mereka yang dibantu agar tidak “cedera”. Ada dua (2) kemungkinan apabila Tuan Puan berikan pinjaman kepada mereka:
- Mereka ingat jasa dan pertolongan tersebut lalu membayar balik dalam satu tempoh masa tertentu.
- Mereka buat-buat lupa untuk membayar balik dan Tuan Puan pun serba salah nak minta semula.
Dalam bab ini, walaupun Tuan Puan rugi namun masih dapat merasai nikmatnya dengan cara “menukar niat”.
Pendapat CL, mungkin Tuan Puan patut “halalkan” sekiranya mereka atau waris tak sempat bayar semasa kita atau mereka masih hidup. Namun semasa hidup ni, tak salah sekiranya kita meminta hutang tersebut dilunaskan.
Kesimpulan
Tidak dinafikan ada antara kita yang boleh baca pelbagai buku dan bayar ribuan ringgit untuk personal coaching berkenaan dengan pengurusan kewangan. Namun dihujungnya tetap diri kita sendiri yang membuat keputusan dan tindakan. Sekiranya tiga sebab tersebut dapat dikawal, insyaAllah poket kita takkan mudah bocor lagi.
CL harap Tuan Puan dapat juga kongsikan serba sedikit ilmu dan pengalaman mengurus poket dalam mengurus poket supaya tidak mudah bocor. Ataupun boleh juga kongsikan apa yang dibuat untuk survive selepas itu. Contohnya ada buat part time atau side business. Jangan segan tuliskan dalam ruangan komen di bawah ya..