Tuan Puan pernah dengar kan sebuah Idioms Inggeris ini…?

DON’T PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET.

Terjemahannya adalah : Jangan Masukkan Semua Telur Anda Ke Dalam Satu Bakul Yang Sama.
pexels

Apa yang CL boleh kongsikan berdasarkan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada ialah:

a, JANGAN buat pelaburan sekiranya hanya ada satu sumber pendapatan sahaja.

Sekiranya cuma ada satu sumber pendapatan, utamakanlah apa yang perlu kerana pelaburan sudah tentu berisiko. Tuan Puan utamakanlah makanan di atas meja buat seluruh ahli keluarga.

Jika ada lebihan, buatlah satu simpanan wajib secara bulanan. Duit gaji ibarat telur yang berada di dalam satu sarang telur yang sama. Tuan Puan perlu simpan beberapa biji telur (sebahagian duit gaji) di tempat lain supaya terselamat dari pecah (belanja, boros dan sebagainya).

b, JANGAN letakkan semua pelaburan dalam satu tempat sahaja

Selain membuat simpanan tetap, sekiranya ada lebihan Tuan Puan boleh juga membuat pelaburan ke tempat yang diyakini dan terbukti memberikan pulangan balik yang setimpal.

Berikut adalah 5 pelaburan yang paling selamat di Malaysia. Bagi sesetengah orang, walaupun pulangannya tak setinggi mana sekurang-kurangnya ia adalah tempat yang paling selamat kerana hampir tiada risiko yang perlu ditanggung.

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

  • Perlu tetapkan matlamat sama ada ingin membuat simpanan jangka pendek ataupun pelaburan jangka panjang.
  • Tetapkan juga sama ada ingin membuat pelaburan ataupun simpanan tetap. Pelaburan ASB biasanya dengan cara force saving iaitu mambayar installment setiap bulan. Manakala simpanan tetap adalah dengan cara bank in / transfer setiap bulan.
  • Walaupun konsepnya sama iaitu simpanan setiap bulan, perbezaannya adalah akaun pelaburan ASB tidak boleh dikeluarkan dalam tempoh masa tertentu manakala simpanan biasa boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

2. Tabung Haji (TH)

  • Sangat mematuhi kehendak syariah.
  • Boleh dimulakan dengan wang permulaan yang sangat rendah (pembukaan buku akaun).
  • Duit simpanan dijamin oleh kerajaan melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Maksudnya jika berlaku perkara tidak diingini kepada bank Tuan Puan, PIDM akan membayar balik jumlah simpanan tersebut. Tuan Puan boleh baca terma dan syarat berkenaan PIDM ni di laman web mereka.
  • Pemberian bonus tahunan yang kompetitif.
  • Dividen dan bonus dikecualikan dari pembayaran cukai kerajaan.
  • Zakat simpanan diselesaikan oleh pihak Tabung Haji sendiri.
  • Tiada had simpanan dan pengeluaran. Cuma akaun haji perlu ditinggalkan RM 1,300 sebagai deposit haji. Sekiranya dikeluarkan atau baki duit kurang dari jumlah ini, nama Tuan Puan akan dikeluarkan dari senarai menunggu untuk menunaikan haji.

3. Private Retirement Scheme (PRS)

PRS adalah satu skim persaraan untuk pekerja swasta. Ia adalah skim caruman sukarela untuk jangka masa panjang yang diwujudkan bagi membantu pekerja mengumpulkan simpanan dan persaraan. Letika artikel ini ditulis, terdapat 8 provider yang ada menguruskan skim ini. Tuan Puan boleh pilih salah satu provider PRS di sini.

Antara kelebihan PRS ialah:

  • Pelepasan cukai sehingga RM 3,000 dengan pelaburan PRS setiap tahun.
  • Perlindungan Takaful PERCUMA untuk ahli.
  • Wang dalam PRS dilindungi daripada Pemiutang.

4. Emas

Emas adalah antara instrumen yang terbaik disebabkan

  • Nilainya semakin meningkat sedangkan wang ringgit semakin menurun.
  • Pelaburan yang selamat (boleh jual balik ketika harganya tinggi)
  • Mudah dicairkan (senang dijual atau dipajak)
  • Emas tidak boleh dimanipulasi kerana nilainya bergantung pada beratnya sendiri.
  • Emas sebagai pelindung kekayaan (dapat digunakan sebagai modal pusingan perniagaan setelah dicairkan)

5. Diri Sendiri

Sebaik-baik pelaburan adalah melabur untuk diri sendiri terlebih dahulu.

  • Sekiranya kita rasa ILMU penting, belilah buku atau sertai seminar untuk memantapkan lagi apa yang kita masih lemah.
  • Sekiranya kita rasa perlu ada MATERIAL tertentu yang dengannya bisnes Tuan Puan akan lebih berkembang, belilah. Ada CL terdengar seorang usahawan berjaya menyatakan bahawa tak salah guna handphone berharga RM 6k++ sekiranya sales boleh cecah 6mil.

Kesimpulan

Alhamdulillah CL dah kongsikan 5 Pelaburan Yang Paling Selamat di Malaysia. CL juga berharap agar Tuan Puan juga dapat kongsikan pada ruangan komen apakah lagi simpanan selamat di Malaysia. Tujuannya agar kita boleh sama-sama berkongsi ilmu. Semoga bermanfaat buat semua.

CL suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih in advance atas feedback ya. Jumpa lagi nanti..

Pin It on Pinterest