Umum mengetahui bahawa KWSP merupakan tempat simpanan wajib untuk semua pekerja demi simpanan di hari persaraan. Ramai yang mengharapkan duit KWSP ini untuk digunakan sebagai perbelanjaan ketika zaman persaraan yang tiada pendapatan nanti. Tambahan pula ketika itu, tubuh badan dan kesihatan semakin merosot serta pastinya ada peningkatan kos sara hidup.
Namun menurut data yang direkodkan,
1. 68% daripada pencarum KWSP berumur 54 tahun dan ke bawah hanya mempunyai kurang daripada RM50,000.
2. Kelompok 20% terbawah pencarum KWSP mempunyai simpanan purata sebanyak RM6,909
3. Daripada 32 juta rakyat Malaysia, 69% tergolong dalam ‘umur bekerja’ iaitu di antara 15-65 tahun. Hanya 48% daripada golongan ini mempunyai akaun KWSP yang aktif.
4. 70% pencarum yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, menghabiskannya dalam masa kurang daripada 10 tahun.
5. TERKINI Covid-19 : Hanya tinggalkan RM100′ – 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1

Kesimpulan
Sekiranya terpaksa bekerja lagi dimasa pencen, sudah tentu ia amat perit dan meletihkan. Ini berlaku semestinya disebabkan simpanan yang tidak mencukupi. Purata jangka hayat penduduk Malaysia sekarang adalah 73 tahun (lelaki) dan 79 tahun (wanita). Sedangkan umur ketika pencen adalah 55 tahun atau maksimum 60 tahun. Sama-samalah kita beringat ya..
Pastinya Tuan Puan juga ada pendapat bagaimana cara yang paling baik untuk kita ketika berpencen nanti. CL harap Tuan Puan sudi kongsikan di ruangan komen supaya ia bermanfaat buat pembaca lain juga.
