Ramai yang tiada simpanan terutama bagi yang bekerja makan gaji. Berikut kami kongsikan 7 IDEA SIDE INCOME YANG BOLEH TINGKATKAN SIMPANAN namun tak kacau kerja hakiki Tuan Puan.

 

1. Jadi Ejen Dropship / Affiliates

Ejen dropship / affiliates adalah asas sebelum kita melakukan bisnes sendiri. Tugas ejen adalah mempromosikan produk kepada pasaran.

Ejen tidak perlu simpan stok kerana segalanya diuruskan dari HQ. Komisyen adalah bergantung kepada harga barangan yang dijual.

 

2. Buat Bisnes Sendiri Yang Mudah Diuruskan Diluar Waktu Bekerja.

Pada waktu malam dan hujung minggu, Tuan Puan boleh buka gerai seperti burger, satay dan char kuew tiau.

Cuba dapatkan tempat yang strategik seperti di hadapan kedai mamak yang beroperasi 24 jam. InsyaAllah pelanggan akan sentiasa ada.

 

3. Buat Freelance Job

Jika Tuan Puan berbakat atau mempunyai kemahiran tertentu, ianya boleh juga dikembangkan sebagai side income.

Contohnya membuat graphic design, video editing, tangkap gambar, repair kereta dan tukang rumah. Berikan servis yang terbaik, insyaAllah pelanggan akan datang.

 

4. Industri GIG

Industri GIG semakin berkembang sekarang. Tuan Puan boleh buat part time sebagai pemandu atau penghantar dengan syarikat seperti GRAB, FOODPANDA, LALA MOVE dan MYCAR.

Risiko di atas jalan sangat tinggi terutama dalam dalam keghairahan mengejar trip. Jangan lupa untuk ambil perlindungan takaful tambahan.

 

5. E-Commerce Platform Seperti Shopee & Lazada

Tak perlu ada produk sendiri pun untuk bermula. Cuma buka 1 kedai maya dalam platform tersebut dan jadilah dropship.

Jika Tuan Puan google mesti boleh dapat di mana nak dapat suplier yang murah-murah. Cuma perlu belajar kaedah marketing yang betul dan berkesan je.

 

6. Jadi Perunding Hartanah / Kewangan / Takaful

Kebiasaannya side income perunding hartanah, kewangan & takaful akan melebihi gaji hakiki. Namun cabaran dalam bidang ini agak tinggi.
Seorang perunding hartanah boleh dapat komisen antara 1-3 % dari harga rumah. Perunding kewangan & takaful pula boleh dapat passive income setiap bulan.

CL juga adalah salah seorang Perunding Hartanah yang bernaung di bawah agensi Chester Property Sdn. Bhd. (cawangan Taman Desa) sejak 2019. Seronok bila jadi Perunding Hartanah dan Dealer Public Gold ialah “kebebasan masa”.

 

7. Jadi Dealer Public Gold

Sebagai seorang Dealer Public Gold, Tuan Puan berpotensi mendapat 1.5% – 3% komisyen terhadap pembelian dari pelanggan di bawah rangkaian sendiri.
Juga terdapat beberapa insentif lain bagi yang benar-benar aktif mempromosikan Public Gold kepada pengguna / pembeli.
Selagi syarikat Public Gold masih wujud dan masih ada pembelian emas melalui nama Tuan Puan sebagai referal, insyaAllah komisyen tersebut akan terus masuk ke dalam akaun pada setiap bulan.

Paling best, ia boleh dilakukan secara free time sahaja..

 

Kesimpulan

Mudah sahaja membuat wang tambahan sekiranya kita bersungguh dan mengambil kesempatan yang ada. Semoga kita semua dapat kebaikan dari perkongsian ini.

Mungkin Tuan Puan ada sumber pendapatan lain yang boleh dikongsikan juga. Apa kata Tuan Puan kongsikan dalam ruangan di bawah. CL suka nak baca perkongsian Tuan Puan juga..

 

Pin It on Pinterest