Tidak dinafikan mengumpul barangan adalah lebih mudah berbanding mengumpul duit. Konsep tersebut juga terpakai dalam emas pelaburan dan simpanan.
Telah terbukti juga emas lebih mudah dikumpulkan berbanding dengan duit ringgit. Pengalaman CL sendiri, bila ada duit dalam simpanan mesti terasa nak beli sesuatu. Lebih malang lagi jika beli perkara yang tidak berfaedah.
Lain pula halnya dengan emas. Memang terasa sayang sangat nak “cairkan” jika ada masalah duit. Mesti usahakan cari cara lain terlebih dahulu.
Paling best masa menyimpan emas ni, bila ada duit atau harga emas tengah rendah, aura nak tambah gram lagi walaupun sekadar 1 gram.
Bagi Tuan Puan yang mempunyai 1001 hasrat yang perlukan duit yang agak banyak, apa kata buat simpanan dalam bentuk emas pelaburan. Berikut CL kongsikan bagaimana untuk Capai 5 Matlamat Kewangan Dengan Emas Pelaburan.
1.0 Tabung RUMAH
Kita tak perlu target sehingga RM 300k pun untuk membeli rumah. Cukuplah jika kita dapat simpan 10% dari harga rumah idaman dan tambahan 5% untuk kos-kos tambahan seperti kos guaman dan penilaian hartanah.
Lagi 90% biasanya kita boleh buat pinjaman dari bank bergantung pada kelayakan kewangan kita.
Katalah kita nak kumpulkan RM 30k dalam masa setahun. Kita targetlah untuk simpan 4 gram emas setiap bulan.
4 gram x 12 bulan x 3 tahun = 144 gram.
Jika ikutkan harga semasa sekarang, 1 gram bersamaan RM 262. Jumlah simpanan selama 3 tahun akan dapat lebih kurang RM 37,728. Ianya mungkin akan jadi lebih tinggi atau rendah bergantung dengan harga semasa ketika kita “cairkan” nanti.
Setiap bulan, kita cuma perlu disiplin menyimpan 4 gram. Harga per gram tidak menentu, kita ambil purata sebagai RM 260. Maksudnya setiap bulan perlu asingkan sekitar RM 1,040 untuk membeli emas pelaburan / simpanan bermatlamat.
2.0 Tabung KERETA
Jika kita mampu, tak salah rasanya jka kita boleh beli kereta secara TUNAI sahaja. Ataupun sekurang-kurangnya kita bayar 50% deposit sewaktu membeli kereta. Cuma guna 50% loan sahaja.
Tahukah Tuan Puan, dengan menyimpan emas juga merupakan salah satu ikhtiar kita supaya dapat beli kereta secara TUNAI. Berikut CL kongsikan pengiraan kasar untuk membeli sebuah kereta PROTON X70 anggaran harga sekitar RM 100k.
Kita setkan untuk menyimpan emas secara tahunan mengikut kemampuan.
Jika mampu simpan dalam RM 1k setiap bulan, apa kata Tuan Puan simpan 1 dinar emas setiap bulan. Hari ini, 1 dinar bersamaan 4.25 gram emas atau RM 1,113.50
- Dalam setahun, Tuan Puan Berjaya simpan 12 dinar bersamaan 51 gram dan bersamaan lebih kurang RM 13,362.00.
- Selepas 2 tahun, Tuan Puan Berjaya simpan 24 dinar bersamaan 102 gram dan bersamaan lebih kurang RM 26,724.00.
- Selepas 4 tahun, Tuan Puan Berjaya simpan 48 dinar bersamaan 204 gram dan bersamaan lebih kurang RM 53,448.00.
3.0 Tabung KAHWIN
Bagi anak-anak muda yang masih belum berkahwin, boleh hadiahkan hantaran nanti kepada bakal isteri dalam bentuk DINAR EMAS. 1 Dinar sekarang nilainya dalam RM 1,113.50. Jika hantaran 10 Dinar Emas, bakal suami buatlah simpanan 1 Dinar Emas setiap kali dapat gaji.
Sekarang ni biasanya orang gunakan cek sahaja sebagai ganti wang ringgit. Namun jika Tuan dan Cik Puan gunakan Dinar Emas, pastinya ia menimbulkan kenangan manis dan terindah sebagai kenangan sehingga ke akhir hayat nanti.
Kelak, emas tersebut juga boleh “dicairkan” untuk mengharungi bahtera rumah tangga yang penuh berliku.
4.0 Tabung UMRAH
Sejak pembukaan semula Mekah dan Madinah selepas Pandemik Covid-19 ni, kerajaan telahpun menetapkan kadar harga siling bagi mengerjakan umrah adalah RM 7,990.
Tuan Puan target menyimpan 10 Dinar emas seorang untuk kos mengerjakan Umrah dan perbelanjaan ketika di sana nanti. InsyaAllah 10 Dinar mencukupi.
5.0 Tabung HARTA
EMAS juga amat sesuai untuk diwariskan kepada anak-anak setelah kita meninggalkan dunia nanti.
Antara kebaikan emas yang ada dalam simpanan ialah nilainya tidak dimakan oleh inflasi.
1 Dinar Emas di zaman Nabi masih tetap 1 Dinar Emas di zaman kini walaupun telah lebih 1400 tahun yang lalu.
Namun amat berbeza dengan Wang Ringgit sekarang yang sering dimakan inflasi. Sebuah troli pasaraya yang sama, mungkin cuma perlukan RM 50 untuk dipenuhkan dengan barangan keperluan asas pada 20 tahun yang lepas.
RM 50 pada tahun 2021 sekarang ni betul-betul hanya dapat isi barangan asas yang betul-betul asas dengan nilai RM 50 ; tak sampai separuh troli pun.
Kesimpulan
Emas adalah logam dari dalam bumi yang sangat bernilai buat semua. Semoga kita semua dapat kebaikan dari perkongsian ini.
Mungkin Tuan Puan ada matlamat lain yang perlu dicapai juga. Apa kata Tuan Puan kongsikan dalam ruangan di bawah. CL suka nak baca perkongsian Tuan Puan juga..