Ada orang suka simpan emas fizikal sebab nampak ke mana perginya setiap Ringgit Malaysia yang dikeluarkan. Ada pula orang yang nak akaun emas sebab tak nak pening kepala emasnya tercicir atau dicuri.
Ada juga orang yang terlalu kisah hinggakan dia ada kedua-dua emas fizikal dan akaun emas. Sangat rugi pula bagi orang yang langsung tiada emas fizikal dalam simpanan mahupun akaun emas.


EMAS FIZIKAL | AKAUN SIMPANAN EMAS PUBLIC GOLD (GAP) | ||||||||||||
DEFINASI |
|||||||||||||
Emas Fizikal ialah emas yang boleh dipegang di tangan dengan tambahan dibelai, disusap dan ditenung untuk sesuatu jangkamasa tertentu. Maksudnya kita beli emas dan dapat emas sama ada secara terus ataupun tertangguh. Emas ini pastinya memberikan satu sentimental value yang sangat tinggi kepada kita.
|
Akaun Simpanan Emas Public Gold atau lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (GAP) adalah akaun yang sama seperti akaun bank. Perbezaannya adalah akaun bank kita simpan duit manakala akaun GAP kita simpan emas. Akaun bank tercatat berapa jumlah RM yang kita ada. Manakala dalam akaun GAP tercatat berapa gram emas yang kita ada. |
||||||||||||
MODAL PERMULAAN | |||||||||||||
Modal permulaan yang diperlukan adalah mengikut berat emas tersebut. Ketika artikel ini ditulis (25.9.2021) harga emas Public Gold adalah seperi berikut:
Sekiranya Tuan Puan ingin bermula, CL amat mencadangkan 1 Dinar ke atas. Jika kurang dari itu, harga per gram dan kadar spread sangat tinggi. Sifirnya begini ya Tuan Puan : “Lebih berat gram emas, maka lebih rendah harga per gram, lebih jimat.“ |
Modal permulaan untuk buka akaun adalah serendah RM 100 sahaja. Tuan Puan perlu mendaftar akaun secara PERCUMA terlebih dahulu sebelum memasukkan jumlah gram yang ingin dibeli. Tuan Puan boleh simpan seberapa banyak yang dimahukan di dalam akaun GAP ini. Tuan Puan juga boleh tukarkan semua emas yang ada secara dalam bentuk fizikal. Harga beli dan jual adalah mengikut harga emas semasa dalam website Public Gold yang dikemaskini setiap 20 minit. Tuan Puan simpanlah secara istiqomah dan berterusan, contohnya RM 100 (0.3 – 0.4 gram) setiap bulan.
|
||||||||||||
SIMPANAN | |||||||||||||
Kita beli dan simpan sendiri emas. Sama ada simpan di rumah ataupun dengan menyewa peti besi di bank. Kos sewa dan risiko adalah tanggung jawab kita sendiri.
|
Emas yang dibeli disimpan dalam bentuk angka dalam akaun GAP. Namun ada emas fizikal yang Public Gold simpankan dalam memenuhi tuntutan patuh syariah. Tiada risiko emas hilang kerana ia dijamin oleh pihak Public Gold sendiri. |
||||||||||||
KELEBIHAN | |||||||||||||
1. Ia telah disahkan PATUH SYARIAH dan dipantau secara berterusan oleh AMANIE ADVISORS SDN. BHD. 2. Boleh dicairkan pada bila-bila masa ketika sangat memerlukan duit. 3. Public Gold sendiri pun boleh beli semula emas Tuan Puan (buy back) bila-bila masa tak kisah ketika harga tinggi mahupun rendah. 4. Sekiranya Tuan Puan meninggal dunia, emas yang ada dalam simpanan boleh terus dibahagi-bahagikan dengan waris. 5. Tiada sesiapa pun tahu berapa jumlah emas yang Tuan Puan miliki. Tuan Puan adalah jutawan senyap. |
1. Ia adalah akaun simpanan emas yang telah disahkan PATUH SYARIAH dan dipantau oleh AMANIE ADVISORS SDN. BHD. 2. Public Gold perlu pastikan bahawa setiap gram dalam akaun simpanan emas, ada emas fizikalnya. 3. Public Gold boleh beli kembali emas yang ada dalam akaun Tuan Puan. Lebih mudah dan jimat masa Tuan Puan kerana tak perlu keluarkan fizikal terlebih dahulu, kemudian dijual/dipajak di tempat lain. 4. Boleh beli emas secara sedikit demi sedikit. Contohnya boleh beli dalam gandaan Rm 100. 5. Sekiranya Tuan Puan meninggal dunia, waris boleh datang menuntut emas yang ada dalam simpanan. |
||||||||||||
KEBURUKAN | |||||||||||||
1. Jika Tuan Puan tersalah letak atau hilang, kerugian adalah atas tanggung-jawab sendiri. 2. Perlu beli ikut berat emas bar yang ada. Contohnya paling ringan adalah 0.5 fram dan paling berat adalah 1,000 gram. 3. Pihak bank tidak tahu berapa kekayaan yang Tuan Puan miliki. Justeru itu, dalam proses permohonan pinjaman rumah, kereta dan sebagainya, ia tidak termasuk dalam pendapatan yang dimiliki.
|
1. Sekiranya terdesak memerlukan duit, Tuan Puan terpaksa menunggu 3 hari dari tarikh permohonan pengeluaran. 2. Sekiranya bermula dengan RM 100, target pertama adalah perlu capai 1 gram terlebih dahulu. Contohnya setiap bulan cuma beli emas bernilai RM 100 (0.3 – 0.4 gram). 3. Baki minimum dalam akaun adalah 1 gram. 4. Jika ada 10 gram dalam akaun, Tuan Puan cuma boleh keluarkan 9 gram sahaja. 1 gram perlu ditinggalkan sebagai pengaktifan. Jika dikeluarkan semua maksudnya akaun GAP Tuan Puan ditutup. |
||||||||||||
ZAKAT | |||||||||||||
Emas fizikal yang dimiliki lazimnya diniatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya emas ini berbentuk syiling, jongkong, bar dan wafer. Wajib dizakatkan sekiranya berat emas menyamai atau melebihi nisab 85 gram. Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki diniatkan untuk pelaburan adalah sebanyak 400 gram maka: = Berat Emas x Harga Semasa x 2.5% Sumber dipetik dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) |
Akaun ini mencatatkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang dilaburkan. Pelaburan yang patuh syarak ialah fizikal emas itu wujud dan boleh dimiliki oleh pelabur. Wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram. Sebagai contoh, jika jumlah emas yang dimiliki dalam passbook sebanyak 200 gram maka: = Berat Emas x Harga Semasa x 2.5% Sumber dipetik dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) |

Dalam membuat simpanan emas pelaburan ni tak kisahlah walau apa platform sekalipun, pilihlah yang PATUH SYARIAH. Ini merupakan perkara yang sangat penting dalam mencapai redha Illahi serta keberkatan dalam hidup.
Seterusnya ditambah dengan pakej ukhrawi iaitu bayar zakat apabila cukup haul. Tukarkan mind set tak nak simpan emas sebab nanti kena bayar zakat. Sebaliknya kita berazam untuk bayar zakat apabila cukup haul nanti. Bersama kita jadikan dunia sebagai ladang akhirat kita. Kaya dapat, pahala pun dapat. Kan best..?
Jika kedua-dua akaun Fizikal dan Akaun Emas dari Public Gold ni bagus, mengapa tidak kita ada keduanya sekali kan..?
CL suka nak baca perkongsian Tuan Puan juga. Tuliskan jer dalam ruangan komen di bawah ya..