Sesungguhnya emas adalah DILARANG kepada kaum adam untuk memakainya melainkan “darurat”. Emas yang dimaksudkan adalah barang perhiasan yang dipakai pada badan.

Artikel yang dirujuk berkenaan dengan larangan ini adalah dari Pejabat Mufti WP. Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada perubatan seperti pen yang diletak dipoket, dan jam tangan. Maka hukumnya tidak dibolehkan.  Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:

إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.

Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:

أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا

Maksudnya: Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku.

Hadis riwayat Imam Ahmad (19502).

Namun jika memang berminat dengan emas ni, hanya ada 2 pilihan bagi kaum Adam iaitu :

1. Beli emas dan hadiahkan kepada isteri untuk memakainya.

Atau boleh juga bagi kepada yang tersayang lain seperti anak perempuan, adik beradik, mak kandung dan mak mertua.

Kelebihan jika ada barang kemas pada isteri, masa terdesak kena pujuk isteri baik-baik minta “pinjam” sekejap untuk letak di pajak gadai ataupun dijual.

Nanti tebuslah semula sesegera yang mungkin. Jika ada rezeki lebih, tambahkanlah lagi dengan yang lebih besar.

2. Beli emas dalam bentuk bar/jongkong untuk simpanan/pelaburan

Orang lelaki dibenarkan untuk memiliki emas namun dilarang memakainya. Justeru tak salah membeli emas untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan.

Sekiranya perlukan modal untuk membesarkan perniagaan, emas yang ada dalam simpanan boleh “dicairkan”.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tak rugi pun ada emas dalam simpanan. Samapai masa dan cukup haul, kita keluarkanlah zakat. Semoga rezeki kita lebih diberkati.

“Gold – it worth its weight”

Pin It on Pinterest