Sebenarnya semua emas sesuai sebagai pelaburan, tak kisahlah sama ada yang dipakai di badan mahupun yang disimpan di dalam peti besi.

Namun sekiranya Tuan Puan ingin dapat keuntungan yang maksimum dalam pelaburan emas ini, sudah tentulah barang kemas kurang sesuai disebabkan ada extra cost dalam penyediaan barang kemas berbanding emas dalam bentuk bar.

EMAS PELABURAN

Harga :
LEBIH MURAH jika dibandingkan dengan berat yang sama.

Upah Pertukangan :
Upah Pertukangan sangat minimum.

Susut Nilai (Spread) :
Susut nilai Sangat Rendah. Biasanya antara 7-10%.

Material :
Biasanyanya menggunakan Emas 999 (emas padu)

EMAS PERHIASAN

Harga :
LEBIH MAHAL jika dibandingkan dengan berat yang sama.

Upah Pertukangan :
Ada Upah Pertukangan untuk membentuk, mengukir dan sebagainya dalam menjadikan ia lebih cantik.

Susut Nilai (Spread) :
Susut nilai Sangat Tinggi. Biasanya antara 25-45%.

Material :
Menggunakan emas 999 & emas 916 disamping tambahan aksesori lain seperti permata.

Bagi Puan terutamanya yang memang sangat meminati barang kemas, CL kongsikan serba sedikit tips bagi memastikan barang kemas sangat bernilai sebagai emas pelaburan. Ye la, wanita mana yang tak suka pakai barang kemas kan walaupun sebantuk cincin perkahwinan.

1. Pilih emas padu kerana ia tahan lasak
Barang kemas yang kurang padu akan mudah rosak, nak betulkan semula pun ada tambahan kos lagi.

2. Elakkan beli barang perhiasan yang mempunyai batu permata atau “buah”
“Buah” ni sekali tengok nampak cantik, banyak kali tengok memang awesome. Ia pun senang tercabut atau hilang. Sesetengah kedai emas tak ambil kira pun nilainya ketika jualan balik nanti.

3. Survey kedai yang memberikan harga yang murah sebelum beli
Ada banyak kedai emas sekarang dengan selisih harga yang berbeza walaupun designnya hampir sama. Dalam musim-musim pandemik ni, apa kata buat survey secara online di website. Lebih mudah dan selamat kan?

4. Pilihlah barang kemas yang mempunyai ketulenan gred 916 (22K) & 999 (24K)
Rasanya semua orang tahu emas ni ada pelbagai gred. Gred tersebut menunjukkan nisbah campuran dalam barang kemas yang dibentuk. Misalnya gred 999 adalah 99.9 % emas yang dicampur dengan 0.1% perak.

5. Pastikan kedai emas tersebut ada guaranteed buy back
Boleh tanya kedai emas tersebut nanti jika Tuan Puan nak jual balik adakah diterima..? Jika diterima berapakah susut nilainya (spread)? Sekurang-kurangnya takdela nak sakit hati sangat jika nanti dia ambil murah jer kan..?

Kesimpulannya, emas tetap merupakan aset yang sangat bernilai untuk dimiliki.

Kerugian yang sebenar adalah apabila kita salah beli disebabkan harga yang terlalu tinggi dari harga pasaran dan hilang tak tahu ke mana. Lebih rugi lagi bila langsung tak ada emas dalam simpanan walaupun seberat 1 gram.

Tuan Puan dapat sesuatu..? Apa kata kongsikan dalam ruangan komen di bawah. CL tak sabar nak baca perkongsian Tuan Puan juga..

Pin It on Pinterest